Salah seorang anak Umar bin Khattab telah diejek dan dibuli oleh
teman-temannya kerana memakai baju yang bertampal-tampal dan buruk.
"Tidak ada gunanya mempunyai ayah menjadi kepala negara, bajunya tampal seribu," kata teman-teman anak Umar.
Kerana
sudah tidak tahan dengan ejekan teman-temannya, anak Umar itu pun
mengadu kepada ayahnya. Khalifah Umar sangat kasihan kepada anaknya
yang mengadu itu, tapi beliau tidak dapat berbuat apa-apa. Maklumlah
beliau tidak mempunyai simpanan apa-apa, sedang gajinya sebagai kepala
negara hanya 1 dirham saja sehari dan ketika itu belum sampai masa
gajian. Umar pergi ke Baitul Mal untuk meminjam sedikit wang dan
berjanji akan membayarnya pada bulan depan apabila sudah menerima gaji.
"Bukan
saya tidak mahu mengeluarkan wang Baitul Mal, tapi apakah Amirul
Mukminin sudah yakin masih akan hidup sehingga bulan depan? Dan jika
Amirul Mukminin mati sebelum sampai masa gajian yang akan datang, siapa
yang akan membayarnya? kata petugas Baitul Mal.
Mendengar itu,
menangislah Khalifah Umar bin Khattab sehingga air matanya menetes
membasahi pipinya. Beliau tidak jadi untuk meminjam wang dan pulang
dengan perasaan sedih sambil mengenang kematian.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar